Perbezaan antara kulit berminyak dan kulit sensitif

Apabila berbicara mengenai wajah, anda mungkin sering terlintas istilah-istilah yang digunakan untuk menerangkan jenis kulit yang berbeza – normal, kering, berminyak, dan sensitif. Kulit normal mengandungi kandungan minyak dan kelembapan yang seimbang, serta mengekalkan pH kulit yang berasid rendah. Kulit kering pula kurang kelembapan dan minyak, sementara kulit berminyak – seperti namanya – mempunyai lebihan minyak kerana kelenjar minyak menghasilkan minyak lebih daripada keperluan kulit.

Kulit sensitif adalah kulit yang mudah meradang dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang mempunyai pewangi, sabun, alkohol, paraben atau perangsang kulit yang lain. Ini boleh mengakibatkan kulit gatal, pedih, atau ruam. Kulit sensitif bagi kebanyakan orang hanya terhad pada muka sahaja. Walaupun kulit sensitif kebiasaannya berlaku kepada orang yang mempunyai kulit kering, ia juga boleh berlaku kepada kulit berminyak atau mudah berjerawat.

Rutin penjagaan kulit berminyak sangat berbeza dengan rutin penjagaan kulit normal dan kulit kering. Sekiranya anda mengalami akne, kemungkinan besar anda mempunyai kulit berminyak – 87% daripada orang yang mengalami akne melaporkan mempunyai kulit berminyak! Oleh itu, adalah penting untuk mencari produk yang dapat membantu mengawal minyak berlebihan dan mencegah liang roma daripada tersumbat. Sekiranya kulit yang mudah berjerawat juga sensitif, pastikan anda menggunakan produk yang efektif tetapi lembut pada kulit.

Kawalan minyak

Salah satu punca akne adalah kelenjar minyak terlalu aktif yang menghasilkan minyak secara berlebihan. Kulit akan terasa berminyak, berkilat dan kotor. Tambahan pula, apabila minyak terperangkap dalam liang roma kerana tersumbat oleh sel kulit mati (salah satu ciri kulit mudah berjerawat), jerawat boleh terbentuk.

Cara terbaik bagi menguruskan kulit berminyak adalah mencuci muka dengan pencuci yang lembut dan bebas sabun setiap pagi dan malam. Ini akan membantu menyingkirkan minyak berlebihan yang terkumpul pada kulit anda, serta membersihkan sel kulit mati dan kotoran yang menyebabkan liang roma tersumbat dan mencetuskan pembentukan akne.

Pilihlah pencuci yang sesuai untuk kulit berminyak, kerana pencuci biasa atau bahan yang kuat akan menyebabkan kulit anda meradang atau kering, seterusnya kulit bertindak balas menghasilkan lebih banyak minyak. Gunakan produk yang diformulasikan khas untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat – yang sepatutnya bebas minyak, bebas alkohol dan bukan komedogenik (tidak menyebabkan liang roma tersumbat). Pencuci ini tidak mengandungi sabun sebaliknya mengandungi detergen sintetik (syndets) yang lebih bersesuaian dengan pH natural kulit yang asidik dan kurang menyebabkan keradangan atau mengeringkan kulit sensitif.

Pencuci kawalan minyak

Pencuci cecair kawalan minyak ACNE-AID (ACNE-AID Liquid Cleanser Oil Control)

Pencuci cecair kawalan minyak ACNE-AID merupakan pencuci muka dan badan untuk kulit berminyak dan yang mudah berjerawat. Ia  membantu menyingkirkan minyak berlebihan dan kotoran pada kulit. Pencuci cecair kawalan minyak ACNE-AID yang bebas sabun, mempunyai pH yang seimbang dan bukan komedogenik akan membersihkan kulit dengan lembut tanpa mengeringkannya, serta mengekalkan kulit yang lembut dan licin.

Bar Kawalan Minyak ACNE-AID (ACNE-AID Bar Oil Control)

Bar Kawalan Minyak ACNE-AID adalah pencuci yang sesuai untuk muka dan badan yang berminyak dan kulit yang mudah berjerawat. Ia mengandungi campuran agen nyah-gris yang lembut dan pencuci yang berkesan menyingkirkan minyak berlebihan daripada kulit, serta gliserin bagi mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit. Bar Kawalan Minyak ACNE-AID membersihkan kulit dengan lembut dan efektif, dan tidak mengandungi  pewangi tambahan, pewarna atau pelicin.

Pencuci Berbuih Kawalan Minyak ACNE-AID (ACNE-AID Foaming Face Wash Oil Control)

Pencuci Berbuih Kawalan Minyak ACNE-AID adalah pencuci muka yang sesuai untuk kulit yang berminyak dan mudah berjerawat. Ia mengandungi asid salisilik dan Acnecare-Bio (ekstrak tumbuhan marin) bagi membersihkan liang roma secara mendalam dan menyingkirkan minyak berlebihan. Ia juga mengandungi lidah buaya (aloe vera) dan vitamin E bagi mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit. Pencuci berbuih ini mudah digunakan bagi menyingkirkan kekotoran kulit tanpa mengeringkan kulit.

Kulit Sensitif

Bagi orang yang mempunyai kulit sensitif, anda perlu lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan untuk kulit anda – terutamanya muka. Gunakan produk yang lembut, tidak menyebabkan keradangan, mengandungi bahan yang kurang menyebabkan alergi (hypoallergenic) dan bebas pewangi. Sekiranya anda memakai sebarang produk yang menyebabkan kulit anda meradang, anda patut berhenti menggunakannya serta merta dan dapatkan nasihat lanjut!

Pencuci Kulit Sensitif

Pencuci Lembut Kulit Sensitif ACNE-AID (ACNE-AID Gentle Cleanser Sensitive Skin)

Pencuci Lembut Kulit Sensitif ACNE-AID adalah pencuci muka untuk kulit sensitif dan mudah berjerawat. Ia membantu menyingkirkan minyak berlebihan serta kekotoran daripada kulit.  Ia merupakan pencuci yang bebas sabun, bebas pewangi dan mempunyai pH yang seimbang, dan mampu membersihkan kulit tanpa mengeringkan kulit atau menyebabkannya meradang.

Pencuci Gel Kulit Sensitif ACNE-AID (ACNE-AID Gel Cleanser Sensitive Skin)

Pencuci Gel Kulit Sensitif ACNE-AID adalah pencuci muka untuk kulit yang sensitif dan mudah berjerawat. Ia mengandungi asid salisilik dan Acnecare-Bio (ekstrak tumbuhan marin) yang membersihkan liang roma dengan mendalam, membantu menyingkirkan kekotoran kulit dan minyak berlebihan. Selain itu, ia juga mengandungi lidah buaya (aloe vera) bagi melembutkan, melicinkan serta melembapkan kulit. Ia juga bebas sabun, bebas pewangi, dan merupakan gel dengan pH yang seimbang. Pencuci gel ini sesuai untuk kegunaan harian bagi kulit yang sensitif.